Make your own free website on Tripod.com

Pembelian Markas PAS Kawasan Bayan Baru (PAKSI)

Buat sekian lamanya PAS Kawasan Bayan Baru (PKBB) tidak mempunyai pusat/markas yang rasmi untuk menjalankan semua aktiviti-aktiviti jemaah sama ada di peringkat pemuda, muslimat mahupun kepimpinan kawasan sendiri. Banyak aktiviti perancangan terutamanya mesyuarat dijalankan di rumah-rumah pimpinan dan juga ahli-ahli kawasan.

Menyedari permasalahan ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru (DPPKBB) mencadangkan agar satu pusat atau markas dibina untuk lebih memusatkan lagi segala aktiviti perancangan dan yang akan dijalankan. Justeru, DPPKBB mencadangkan agar PKBB dengan diterajui DPPKBB sendiri membeli sebuah bangunan (rumah) untuk tujuan tersebut.

Lokasi dan Butiran

Bangunan yang dimaksudkan terletak di taman perumahan di Pantai Jerjak, Pulau Pinang.  Ia berhadapan dengan surau taman perumahan tersebut dan juga taman permainan kanak-kanak. Bangunan ini sebenarnya dipunyai oleh salah seorang anak kepada salah seorang pengasas jemaah PAS di negara ini.

Berikut adalah butiran mengenai bangunan tersebut:-

    Harga = RM300,000.00 - 350,000.00 neg
    Bilik = 4 semua di atas
    Tandas = 2
    Luas (anggaran) = 22 X 70 kaki persegi
    Pegangan: Bebas

Alamat: 11A, Jalan Pantai Jerjak 7,
              Sungai Nibong,
              11900, Bayan Lepas,
              Pulau Pinang.

Anda dijemput untuk membeli saham yang bernilai RM50.00 setiap unit, atau menginfaqkan / derma ikhlas dalam usaha untuk mencari dana. Butiran lanjut sila email kepada kami.