Make your own free website on Tripod.com

Tabung Badan Kebajikan Pemuda (BKP)
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Tujuan

Tujuan diwujudkan Tabung Kebajikan Pemuda ini adalah bagi membantu pemuda-pemuda PAS yang menerima musibah seperti kematian, kemalangan, khairat Am, dan yang memerlukan pinjaman.

Sumber Dana

Sumber dana tabung ini adalah dari Yuran Kebajikan peserta, Derma, Infak/Zakat, Keuntungan atas perniagaan atau pelaburan, jika ada.

Skim-skim BKP

Skim yang terdapat dalam BKP ilah skim Khairat Kematian, Skim Khairat Kemalangan, Skim Khairat Am, Skim Pinjaman. Skim Khairat Am termasuklah bantuan perubatan, bantuan bencana alam, bantuan guaman. Skim pinjaman dan saguhati pelajaran terbuka kepada perkahwinan, perubatan, isteri bersalin.

Keahlian

Keahlian adalah terbuka kepada ahli pemuda PAS seluruh Malaysia.

Yuran BKP

1. Yuran Kemasukan - RM10
2. Yuran Kebajikan - RM20 (Setahun)
3. Derma wajib - RM5.00 (Setahun)
     Jumlah - RM35.00

Untuk maklumat lanjut sila email kepada kami.